Karier Cara Delevingne

Model

Delevingne di Minggu Fesyen London SS15

Delevingne pertama kali menjadi model ketika berumur sepuluh tahun dalam satu gambar editorial oleh Bruce Weber untuk Vogue Italia bersama-sama model Lady Eloise Anson.[21] Beliau menyertai Storm Model Management pada tahun 2009 selepas ditemui oleh Sarah Doukas, pengasas Storm, yang sebelum ini menemui Kate Moss.[22]

Pada tahun 2011, Delevingne merupakan sebahagian daripada kempen musim bunga/musim panas Burberry[23] bersama-sama model muda British yang lain termasuk Jourdan Dunn. Ini menjalani pengambaran di pantai yang terletak di Brighton[24] oleh Mario Testino.[25]

Penampilan catwalk Delevingne yang pertama adalah di Minggu Fesyen London 2011, memakai koleksi musim luruh/musim sejuk Burberry Prorsum. Dunn membuka dan menutup pertunjukan dengan Delevingne merupakan yang keenam muncul.[26] Beliau merupakan wajah kempen kecantikan Burberry bersama-sama model British Edie Campbell dan Jourdan Dunn.[27]

Delevingne telah tampil dalam kempen pengiklanan jenama-jenama lain termasuk H&M Authentic Collection (2011), Dominic Jones Jewellery (2012), Blumarine, DKNY, Tom Ford, Yves Saint Laurent, Zara, Chanel.[28] Beliau digambarkan oleh British Vogue sebagai "muka bintang" untuk pertunjukan musim luruh/musim sejuk musim 2012–2013, setelah muncul di catwalk untuk jenama seperti Shiatzy Chen, Moschino, Jason Wu, Oscar de la Renta, Burberry, Dolce & Gabbana, Fendi, Stella McCartney, DSquared², Lanvin, Givenchy dan Chanel.[29]

Delevingne telah menghiasi muka hadapan Vogue UK tiga kali termasuk muka hadapan tambahan pada tahun 2011, Vogue (Korea, Australia, Brazil, Jepun, Portugal), LOVE, i-D, Russh, Jalouse, dan isu musim bunga 2013 Style.com. Sebagai tambahan, beliau adalah gadis muka hadapan isu September 2013 W'.[30] Beliau merupakan model ketika pertunjukan fesyen Victoria's Secret 2012 dan 2013. Beliau juga merupakan wajah kempen Chanel's Resort 2013[31] bersama-sama model Belanda Saskia de Brauw.[32] Beliau juga merupakan wajah DKNY pada lewat tahun 2012.Pada tahun 2012 dan 2014, Delevingne memenangi anugerah "Model Tahunan" di Anugerah Fesyen British.[10][33][34]Pada bulan Januari 2015, selepas penampilannya pada tahun 2013 dan 2014 dalam kempen-kempen, beliau diumumkan sebagai wajah baru Yves Saint Laurent Beauté.[35] Pada 23 Januari 2015, Delevingne telah dinamakan sebagai duta baru jenama jam Switzerland TAG Heuer.[36]

Pada 8 Jun 2015, profil Delevingne dikeluarkan daripada laman web Storm Model Management. Ia kemudiannya disahkna bahawa beliau telah memutuskan hubungan dengan pengurusan beliau untuk memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya.[37][38] Pada bulan Julai, Delevingne mumci; dalam muka hadapan Vogue Amerika Syarikat.[39]

Beliau kemudian, pada bulan Ogos 2015, mendedahkan bahawa satu sebab utama untuk berhenti pemodelan dan memberi tumpuan kepada bidang lakonan adalah bahawa tekanan yang menyebabkan beliau mengalami masalah kulit psoriasis.[40]

Lakonan

Delevingne melakonkan peranan filem pertamanya dalam filem 2012 Anna Karenina sebagai Puteri Sorokina. Pada bulan Ogos 2013, Delevingne mengumumkan bahawa beliau akan menyuarakan DJ stesyen radio Non-Stop-Pop FM dalam permainan video Grand Theft Auto V, yang menjadi produk hiburan yang paling cepat terjual dalam sejarah.[41][42][43]

Pada bulan Jun 2014, Delevingne membuat penampilan TV pertamanya dalam episod terakhir siri ketiga Playhouse Presents. Delevingne melakonkan watak Chloe, bertentangan pelakon veteran British Sylvia Syms.[44][45]

Cara Delevingne di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014 untuk pembukaan The Face of an Angel.

Delevingne melakonkan watak Melanie dalam filem thriller psikologi British, The Face of an Angel,.[46] Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Delevingne dipuji.[47]

Pada 24 Oktober 2014, beliau membintangi dalam satu sketsa untuk acara komedi TV tahunan yang dipanggil The Feeling Nuts Comedy Night, ditayangkan di Channel 4 dan telah direka untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser testis.[48] Sebulan kemudian, beliau muncul dalam video muzik kumpulan Afrika Selatan, Die Antwoord untuk lagu mereka, Ugly Boy.[49] Kemudiannya pada bulan Disember 2014, Cara membintangi Reincarnation, sebuah filem pendek oleh Karl Lagerfeld untuk Chanel bersama-sama Pharrell Williams dan Geraldine Chaplin.[50]

Pada bulan Februari 2015, Delevingne muncul dalam video muzik ASAP Ferg untuk lagunya Dope Walk.[51] Pada bulan Mei 2015, beliau juga berada dalam video muzik Taylor Swift, Bad Blood.[52][53]

Delevingne membintangi dalam adaptasi novel John Green, Paper Towns (2015), sebagai Margo Roth Spiegelman.[54] Filem ini mengutip $12,650,140 pada minggu pembukaan di Amerika Syarikat, yang meletakkannya di tempat keenam dalam box office.[55]

Delevingne juga dijadualkan akan muncul dalam enam filem yang akan datang dimana yang pertama adalah Kids in Love, sebuah drama British. Barisan pelakon mengandungi ramai pelakon muda termasuk Will Poulter dan Alma Jodorowsky sebagai watak utama bersama-sama Sebastian de Souza dan Delevingne yang melakonkan watak Viola.[56] Beliau melakonkan watak Henrietta dalam filem romantik Tulip Fever.[11] Beliau juga melakonkan watak Kath Talent dalam filen London Fields, berdasarkan novel 1989 dengan tajuk yang sama oleh Martin Amis.[44][56] Beliau melakonkan watak seekor ikan duyung dalam filem fantasi 2015 Pan.[57]

Pada bulan Disember 2014, ia telah diumumkan bahawa Delevingne telah menyertai barisan pelakon Suicide Squad, sebuah filem superhero berdasarkan komik DC dengan tajuk yang sama. Beliau akan melakonkan watak Enchantress, seorang penjahat dengan kebolehan ajaib.[58] Beliau akan membintangi bersama Rihanna[59] dalam filem Luc Besson, Valerian and the City of a Thousand Planets, sebuah adaptasi daripada siri komik Valérian and Laureline, yang akan memulakan pengambaran pada bulan Disember 2015 dan dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[60]Lakonan Delevingne telah menerima ulasan bercampur, namun dia tidak pernah mendapat latihan atau bimbingan formal. Beliau berkata, dia tidak memberi perhatian kepada orang-orang yang ragu-ragu terhadap keupayaan lakonannya.[61]

Muzik

Delevingne pada bulan September 2014

Delevingne boleh menyanyi serta memainkan dram dan gitar.[45][62] Pada masa yang sama Delevingne bermula sebagai model, beliau menulis dan merekodkan dua album muzik di bawah pengurus artis, Simon Fuller dan kemudiannya ditawarkan perjanjian rekod. Walau bagaimanapun, beliau menolak perjanjian itu kerana namanya akan ditukar. Pada tahun 2013, belau merekodkan duet akustik Sonnentanz bersama penyanyi jazz British Will Heard.[63][64] Beliau juga menyanyikan lagu 'I Want Candy' dalam filem mini bertajuk 'Gang', yang merupakan tajuk koleksi A/W Katie Grand Loves Hogan 2013 dan nama majalah format besar dicipta unutk meraikan kerjasama itu.[65] Delevingne juga bekerjasama dengan Pharrell Williams untuk membuat lagu CC the World yang digunakan untuk filem pendek Chanel Reincarnation yang dibintangi oleh Pharrell dan Delevingne. Filem ini ditayangkan kepada orang awam pada 1 Disember 2014.[66] Duo ini mempersembahkan lagu tersebut kepada penonton untuk pertunjukan Chanel di Park Avenue Armory, Bandar Raya New York pada bulan Mac 2015.[67]

Rekaan

Delevingne telah mereka dua koleksi fesyen untuk DKNY dan Mulberry. Koleksi kapsul DKNY menampilkan pelbagai barangan gaya jalan sporty yang terdiri daripada topi beanie sehingga jaket kulit. DKNY menyifatkan koleksi sebagai "kebanyakannya unisex".[68] Koleksi ini telah mengambil kira-kira dua tahun dari pengumuman yang pertama apabila ia telah dikeluarkan pada 15 Oktober 2014.[69]

Delevingne juga telah mereka empat koleksi untuk Mulberry menampilkan beg galas dan beg tangan.[70] Koleksi ini juga mengandungi dompet, lengan iPad, sarung telefon, kantung zip, dan pemegang pasport. Koleksi keempat dan terkini telah dikeluarkan pada 3 Jun 2015.[71]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Cara Delevingne http://www.cosmopolitan.com.au/celebrity/celebrity... http://www.vogue.com.au/culture/features/cara+dele... http://febreteen.com.br/2014/10/capricho-awards-20... http://www.bbcamerica.com/anglophenia/2015/06/cara... http://www.billboard.com/articles/columns/pop-shop... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=main&id=... http://www.britishfashionawards.com/2014-Winners http://www.britishfashionawards.com/content.aspx?C... http://www.bryanferry.com/cara-delevingne http://www.burberryplc.com/about_burberry/company_...